in , ,

Cara Senang Buat Duit Dengan Youtube Part 1

YouTube telah menjadi platform video yang sangat berjaya sejak sedekad lepas. Ramai yang pilih YouTube menggantikan rancangan televisyen biasa. Malahan, tak kurang juga mereka yang berjaya jana pendapatan konsisten melalui Youtube. Tapi bagaimana caranya? Dalam artikel ni saya nak kongsikan cara buat duit dengan Youtube.

Cara Buat Duit Youtube

Sebelum anda boleh jana duit dari Youtube, ada beberapa langkah yang anda perlu buat.

1) Tentukan niche

Pertama sekali anda kena tentukan apa topik atau niche yang anda nak buat. Dan kemudian perlu kenal siapakah target audience anda.

Saya syorkan bila anda nak pilih niche ni, pilihlah topik yang anda passionate dan mahir.

Passion ni sangat kritikal kerana penonton akan dapat tahu sama ada anda ni betul-betul minat dan mahir dengan topik yang dibincang atau acah-acah minat.

Ianya juga menjadi motivasi kepada anda untuk terus hasilkan video dengan konsisten.

Antara niche yang anda boleh buat termasuklah:

  • Ulasan produk macam gajet dan barangan komputer
  • Mengajar kemahiran tertentu seperti cara nak buat bisnes
  • Resipi masakan
  • Politik
  • Vlog kehidupan anda dalam bidang tertentu
  • Vlog tentang destinasi perlancongan

2) Buat saluran Youtube

Selepas anda dah tentukan niche apa yang anda nak buat, seterusnya buat akaun dengan Youtube.

Kalau anda dah ada akaun Google macam Gmail, anda boleh terus login ke Youtube guna akaun tersebut.

Kemudian tekan pada bahagian setting anda dan pilih “Make a channel” dan tentukan nama saluran dan deskripsi saluran anda.

3) Hasilkan dan muat naik video

Bila dah ada saluran, anda dah boleh mula hasilkan konten video dan muat naik ke saluran anda.

Anda kena konsisten. Consistency sangat penting untuk pastikan saluran anda berjaya. Buat jadual pada hari apakah yang anda perlu muat naik video.

Selain itu, pastikan juga konten yang anda hasilkan tu berkualiti dan orang rasa nak share bila mereka tonton. Dan jangan sesekali guna video copyright orang lain. Maksudnya jangan sekali copy paste.

Dalam video-video yang anda hasilkan tu juga, beritahu penonton untuk subscribe dengan saluran anda supaya anda dapat bina subscriber dengan cepat.

4) Daftar sebagai Youtube Partner

Masa anda mula buat saluran Youtube, anda belum lagi boleh jana pendapatan melalui iklan yang Youtube paparkan.

Anda mesti cukupkan syarat untuk jadi Youtube Partner, barulah anda layak untuk paparkan iklan Adsense dalam video anda.

Apa syarat nak sertai Youtube Partner Program ni?

Pertama anda mesti ada sekurang-kurangnya 1000 subscribers. Dan syarat kedua ialah konten yang anda hasilkan mesti ditonton selama 4000 jam dalam setahun terkini.

Sebab tu lah saya kata, anda mesti buat konten yang berkualiti dan bina subscriber secepat mungkin. Kalau video dan subscriber suam-suam kuku, lambat lah anda boleh jana pendapatan dari Youtube.

5) Berapa duit yang anda boleh dapat?

Pendapatan utama dari Youtube ni adalah melalui iklan yang dipaparkan masa pengunjung tonton video anda.

Berapa yang anda boleh dapat?

Sebenarnya tiada jawapan mudah untuk soalan ni. Ianya bergantung kepada banyak faktor terutama lokasi dan juga niche video anda.

Secara kasar anda boleh anggarkan untuk dapat sekitar RM3 ke RM5 untuk setiap 1000 tontotan video.

Bila kita mulakan suatu usaha ni janganlah anggap benda yang kita nak buat tu terus dapat hasil. Kalau benda tu mudah, semua orang akan buat.

Buat saluran Youtube pun sama. Awalnya kita takkan nampak hasil. Ramai yang akan putus asa pada peringkat ni.

Yang berjaya selalunya dia percaya, satu hari nanti akan ada hasil. Ini kita panggil sebagai delayed gratification.

Dia buat satu dua video, dia teruskan. Meskipun tak banyak view yang dia dapat.

Sehinggalah satu hari, saluran dia dah ada jumlah subscriber yang besar. Dan setiap video yang dia buat sebelum tu, dapat tarik trafik dari enjin carian Google dan Youtube sendiri.

Ketika ini, jumlah tontotan yang dia dapat tu dihasilkan secara pasif. Dan pendapatan yang dia dapat pun dah pasif.

Bila anda curahkan usaha untuk buat video di Youtube ni, begitulah formulanya. Keep consistent.

What do you think?

Newbie

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Cara Senang Buat Duit Dengan Youtube Part 2

5 Cara Membuat Saluran Youtube Terkini pada 2021