Kadang-kadang saya pening memikirkan menu apa yang hendak dihidangkan untuk sarapan anak dan suami. Apa kata anda mencuba pelbagai jenis resepi nasi goreng ini. Lebih mudah kerana menu ini sangat ringkas dan sedap. Ia juga menjimatkan masa dan usaha. Semoga berjaya!
Nasi Goreng Cili Kering
Cetak ResipiBahan-bahan
- 1 mangkuk besar nasi sejuk yang sudah diramas dengan garam
- 6-7 tangkai cili kering (rendam hingga lembut)
- 5 biji bawang kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 cawan ikan bilis
- Sedikit minyak
- 2 biji telur
Arahan
1. Tabur rata garam atas nasi.
2. Tumbuk cili kering sampai lumat. Tumbuk sekali bawang dan bawang putih. Akhir sekali tumbuk ikan bilis. Biar semua sebati.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai garing.
4. Masukkan telur. Kacau.
5. Masukkan nasi. Kacau sampai semua sebati, secukup rasa & berasap. Siap untuk dinikmati.
Perbincangan tentang ini post